Majlis Perpisahan En. Tung Yew Wai (mantan PK Pentadbiran)
En. Tung Yew Wai merupakan PK Pentadbiran di SMK Clifford dari tahun 2011 hingga 2013. En. Tung juga adalah seorang pentadbir yang merendah diri serta mesra dengan pelajar dan guru. Sepanjang beliau di SMK Clifford banyak menyumbangkan bakti dan tenaga dalam memajukan akademik para pelajar. Beliau akan memulakan tugas baru di SMK Simpang Beluru. Terima kasih di atas perkhidmatan beliau dari warga Cliffordian. Selamat bertugas di tempat baru.
288 hits
Last Updated (Wednesday, 24 April 2013 03:35)
Majlis Pelancaran NILAM dan Bulan Bahasa 2013
Majlis Pelancaran NILAM dan Bulan Bahasa 2013 telah disempurnakan oleh En. Suhami, Pegawai PKG Talang pada tanggal 15 April 2013. Pelbagai aktiviti yang diancang oleh Bidang Bahasa yang diketuai oleh Pn. Zanirah bagi memeriahkan sambutan Bulan Bahasa terutama persembahan pelajar pada waktu perhimpunan hari Isnin, Rabu dan Jumaat. 307 hits Nasyid Sekolah Menengah Karnival Kesenian Islam Peringkat Daerah
Tahniah kepada kumpulan nasyid sekolah kita kerana telah merangkul johan bagi Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah (Karnival Kesenian Islam) Peringkat daerah yang diadakan di SMK Tajul Ariffin, Manong. Syabas Cliffordian. 251 hits Last Updated (Wednesday, 24 April 2013 00:40) Portal Pembelajaran EzLearn2u
Kerajaan negeri Perak dengan kerjasama KPerak dan Jabatan Pelajaran Perak telah melancarkan portal pembelajaran dalam talian EzLearn2u untuk membantu murid dan pelajar sekolah secara percuma bagi membantu pembelajaran secara kendiri. Setiap pengguna diberi kredit RM500 secara percuma untuk membeli tajuk-tajuk mata pelajaran yang ditawarkan.
Panduan: 370 hits Last Updated (Wednesday, 03 April 2013 03:16) Makluman Kemasukan Tingkatan 6 2013Sukacita dimaklumkan bahawa murid yang layak ditempatkan ke Tingkatan Enam Bawah tahun 2013 boleh membuat semakan mulai 24 April 2013 melalui laman web KPM (www.moe.gov.my). Tarikh kemasukan adalah pada 8 Mei 2013. Pihak sekolah pusat tingkatan enam akan menjalankan orientasi murid baru mulai 8 Mei 2013, antara tiga hingga lima hari bergantung kepada pengisian minggu orientasi. 926 hits Last Updated (Wednesday, 27 March 2013 19:11) Keputusan SPM 2013KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis, 21 Mac 2013. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, hari berkenaan. Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, keputusan calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos. "Mereka juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM, jarak, nombor kad pengenalan, jarak, nombor angka giliran dan hantar ke 15888," kata kenyataan itu. Last Updated (Saturday, 16 March 2013 12:07) SMK Clifford Naib Johan Bolasepak MSSD B-15 2013Pasukan bolasepak B-15 SMK Clifford mempamerkan persembahan yang cemerlang sehingga layak ke peringkat akhir bertemu dengan SMK Tun Perak. Walau bagaimanapun pasukan sekolah kita terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan dan tewas 1 gol berbalas 2. Bagaimanapun saybas kepada seluruh pemain dan juga jurulatih kerana berusaha bersungguh-sungguh hingga ke tahap ini. Tahun hadapan kita akan berusaha dengan lebih baik lagi.
423 hits Last Updated (Saturday, 16 March 2013 10:36) |






















