Pada 24 Mei 2012, semua warga SMK Clifford menyambut Perayaan Hari Guru 2012 yang bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi, semua pelajar dan guru berkumpul di Dataran Clifford. Majlis dimulai oleh ucapan Pengetua SMK Clifford. Seterusnya wakil pelajar menyanyikan lagu Selamat Hari Guru sambil kek hari guru di bawa masuk. Pengetua Cemerlang dan guru-guru kanan menyempurnakan upacara memotong kek. Setelah itu, wakil pelajar menyampaikan kad ucapan hari guru sebagai tanda penghormatan dan menghargai jasa-jasa guru SMK Clifford.

Pada jam 9.00 pagi diadakan pula acara sukaneka untuk para guru. Semua guru dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing dan beberapa stesen acara permainan ditetapkan. Setiap kumpulan guru bermain mengikut stesen pada masa yang ditetapkan dan seterusnya berpindah ke stesen yang lain untuk acara lain pula.

Kemudian lebih kurang jam 10.30 pagi bermula acara dalam Dewan Hamdan. Acara dimulakan dengan peyerahan alat kugiran secara rasmi oleh Ikon Cliffordian, Tn. Ir Hj. Zamani dan seterusnya memberi ucapan dan kata-kata perangsang kepada para pelajar. Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh para guru SMK Clifford dan Pengetua Cemerlang yan mempersembahkan lagu 'Oh Fatimah' dan 'Ombak Rindu'. Antara persembahan guru yang lain ialah En.Khairunnasri yang membawakan lagu 'Cintamu Mekar Dihati', En. Husaini pula mendendangkan lagu 'Anak Kampung' dan 'Seniman Menangis', En. Zaid (kaunselor) menyampaikan lagu 'My Way' dan 'Situasi'. Penampilan istimewa adalah daripada En. Ahmad Satiman Ismail, pengurus Bahagian Sumber Manusia Hotel Adamson yang juga merupakan pemain keyboard kumpulan Ella & The Boys dan Shima & The Boys telah membawakan lagu ' Black Magic Woman'. Semua persembahan nyanian ini diiringi oleh band 'The Cliffordian' yang baru ditubuhkan dan membuat persembahan sulung. Ternyata persembahan band kugiran ini tidak menghampakan kerana setiap ahlinya amat terlatih dan mempunyai pengalaman dalam bermain alat muzik.

Acara disudahi dengan jamuan makan para guru dan jemputan pada jam 12.30 tengahari disamping acara pertukaran hadiah oleh para guru.

13102 hits

Last Updated (Thursday, 24 May 2012 19:51)

 
PELAWAT
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday600
mod_vvisit_counterYesterday941
mod_vvisit_counterThis week5485
mod_vvisit_counterLast week5544
mod_vvisit_counterThis month18982
mod_vvisit_counterLast month24372
mod_vvisit_counterAll days771830

We have: 49 guests, 2 members online
Your IP: 23.20.242.166
 , 
Today: Jun 22, 2017
Pilih Artikel
Facebook SMK Clifford
Berita PPD Kuala Kangsar